AKADEMI LATIHAN GAYONG (ALG)

Mukadimmah Akademi Silat...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
...........SEJARAH KEGEMILANGAN GAYONG. Sebuah Akademi Silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuh oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma. Akademi tersebut telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti Kalsom Meor Abdul Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim.


PUSAT LATIHAN YANG PROFESIONAL & EKSKLUSIF

PENGENALAN ALG

Patah sayap bertongkat paruh” Akademi Latihan Gayong atau ALG nama ringkasannya, kini berjaya laksanakan dengan tertubuhnya Bangunan ALG di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan merupakan langkah untuk membuktikan bahawa usaha untuk menubuhkan pusat latihan yang bertaraf professional seperti AKADEMI LATIHAN GAYONG ini bukanlah satu perkara yang main-main atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Hasrat ini lahir daripada satu kesedaran anak-anak Gayong Kelantan terutama Wakil Mutlak Gayong Kelantan iaitu Tn. Hj. Mansor bin Hj. Othman selaku Timbalan Imam Khalifah PSSGM Kelantan.

Di peringkat PSSGM Bahagian Negeri, Akademi Latihan Gayong akan diusahakan secara bersama dan kolektif untuk memastikan dan kemantapan silat dapat dijayakan dengan sempurna. ALG juga masih tertakluk kepada perlembagaan negeri yang telah digunapakaikan selama ini. Cuma urusan pentadbiran akan dikendali kan dengan gaya dan imej keakademikan. Dengan suasana yang lebih teratur dan tersusun ini, diyakini bahawa hasrat dan wawasan pimpinan di peringkat pusat dapat disempurnakan. Dengan adanya pusat latihan seperti ini, maka seni warisan bangsa melayu akan mengubah pandangan bangsa lain terhadap bangsa melayu kita dan berjaya menubuhkan Universiti Kegurulatihan Gayong bagi memastikan Gayong terus gah mengelilingi dunia seperti dihajati oleh Mahaguru Gayong Dato' Meor Abdul Rahman, DPCM.

ALG jentera PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM

4 comments:

azmy said...

Assalamualaikum.. SM

nak mintak tuan Amru Upload Gambar masa kat medan ari tu

Azmy Puchong

azmy said...

kenapa email akademilatihangayong@yahoo.com tak valid... betu ke email alamat email tu?

Bui al-Yahya said...

Assalamualaikum
Salam hormat. Saya mencari2 gambar Ayah Mansor, dan Ayah Suhaili.

PLKU said...

Salam, Kami dari PLKU ingin mengumumkan yang laman web kami telah bertukar ke alamat URL baru, iaitu di:

www.gayong-plku.com.my.

Minta bantuan untuk mengubah link ke laman web PLKu di sidebar kanan blog ni ke URL baru.

Terimakasih. Wassalam